$20.00
Description
Dalam eWorkBooklet ini, ia akan menerangkan bagaimana ibu bapa boleh mengaplikasikan Goulding Method yang paling asas (Tahap 1), kepada anak-anak mereka. eWorkBooklet ini hanya mempunyai 12 muka surat, tetapi melingkupi penerangan yang mudah difahami dan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak mereka sedang tidur. Ibu bapa boleh mempratikkan sleeptalking ini setiap malam dan hanya perlu bercakap dengan anak-anak mereka yang sedang tidur, hanya selama 2 minit. Goulding Method ini boleh membantu anak-anak bangun di waktu pagi, lebih tenang, gembira dan menjadi lebih penuh bersemangat dan berkeyakinan untuk mengharungi cabaran harian. Dengan ini, anak-anak boleh menerima manfaat daripada perubahan-perubahan positif untuk sepanjang hayat. sleeptalking ini merangkumi proses yang penuh dengan kasih sayang, selamat dilakukan, murah dan beretika.
Ibu bapa juga boleh mendapat bantuan yang berkaitan dengan isu-isu seperti pembangunan ketahanan emosi (developing emotional resilience), enuresis (bedwetting), persaingan di antara adik-beradik (sibling rivalry), pengurangan tantrum (reducing tantrum), dan pengurusan dalam kebimbangan perpisahan (dealing with separation anxiety). Oleh itu, anda boleh melayari laman web: www.gouldingconsultants.com untuk mencari penasihat (consultant) yang berlesen.
Fikiran yang berada dalam minda anak-anak, yang ditanami oleh kita, memainkan peranan yang lebih penting daripada kita memberi benda-benda kepada mereka. Jika anda ingin memahami dan mendapatkan maklumat-maklumat yang lebih jelas tentang Goulding Method (tahap 1), anda boleh membeli buku atau audio yang lengkap melalui laman web ini.